Inilah teka silang kata yang lengkap dengan lamaran yang digunakan oleh Corey Newman.
WASHINGTON - Seorang lelaki, Corey Newman menggunakan teka silang kata sebagai satu cara unik untuk melamar kekasihnya, Marlowe Epstein, lapor sebuah akhbar semalam.
Newman yang berusia 28 tahun berpakat dengan akhbar Washington Post untuk bertanyakan soalan itu kepada Epstein, 31, menerusi satu kolum teka silang kata.
Pembayang untuk soalan nombor 51 berbunyi: Kata-kata yang mempunyai cincin padanya. Apabila Epstein menjawab dengan betul: "Adakah awak ingin berkahwin dengan saya?" Newman terus melutut dan menyerahkan sebentuk cincin permata dan mengulangi soalan sama.
Epstein yang namanya diambil daripada pembayang nama watak dalam filem Shakespeare in Love dan penulis layar filem Casablanca itu menerima lamaran tersebut. Washington Post yang melihat lamaran tersebut sebagai satu cerita yang bagus telah merakamkan semua detik itu, sebelum memasukkan ke dalam laman webnya.

No comments:
Post a Comment