15 May 2011

Hutang darah dibayar darah, hutang asid dibayar asid

Kat KL sekarang ni heboh mengenai peristiwa wanita disimbah asid tanpa sebarang sebab oleh seorang lelaki yang dikenalpasti menaiki motosikal EX5. Semua orang yang waras memang geram dengan kejadian tersebut dan kalau dapat tangkap semua orang nak simbah semula asid pada mangkuk hayun tersebut. Itu di KL, kejadian simbah asid ni turut berlaku di Iran.

Ameneh Bahrami memegang gambar wajah asal beliau.

Wanita di atas bernama Ameneh Bahrami dari Iran. Gambar yang dipegang adalah gambar asal wajah beliau sebelum peristiwa disimbah asid oleh seorang mamat psycho bernama Majid Movahedi yang takleh terima cintanya ditolak. Majid menyerang Ameneh di sebuah bus stop pada 2004 setelah merayu supaya Ameneh menerima cintanya tapi ditolak. Akibat peristiwa itu, Ameneh telah menjadi buta dan terpaksa melalui 19 pembedahan.

Pakaian Ameneh semasa kejadian tersebut masih disimpan sebagai bukti

Inilah dia muka mamat psycho tu

 Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman supaya Majid membayar £19000 dan dipenjarakan, Ameneh telah menolak keputusan tersebut sebab taknak duit tu. Ameneh mendesak supaya Majid menerima pembalasan yang lebih setimpal dengan perbuatan nya iaitu disimbah asid juga. Permintaan ini diluluskan oleh Mahkamah Tehran dan hasilnya Majid akan dititiskan dengan asid sebanyak 20 titisan di setiap belah matanya.

Ramai orang berpendapat hukuman tersebut adalah kejam sampai Ameneh sendiri menerima ugutan bunuh. Tapi bagi aku, orang macam Majid Movahedi ni tak layak untuk dikasihani. Kalau dia sanggup menyimbah asid di muka orang lain, dia juga perlu sanggup untuk menerima benda yang sama. Padan muka.

2 comments:

  1. sy pun lebih berhati2 bila pergi kerja sbb ofis tak jauh dr KLCC. rassanya mmg patut org tu disimbah asid juga sbb biar dia rasa seksanya mangsa yg terkena asid tu.

    ReplyDelete
  2. memang pun kan..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...