Anyway, memang cool n genius lah cara agensi pengiklanan ni untuk tarik orang sewa ruang iklan diorang.
Koleksi video, artikel, berita dan gambar-gambar tentang benda-benda yang cool, sedih, genius, kreatif, kelakar, pelik, cantik, superb dan macam-macam lagi.
31 May 2011
Lagi Cepat Korang Iklankan Kat Sini Lagi Bagus..
Ada rasa nak muntah tak tengok gambar-gambar kat bawah ni... Kalau korang nak hentikan dia dari terus bertindak lebih-lebih, tolong lah iklankan apa-apa pun kat sini dengan kadar segera.. Cepat bertindak pantas...
Anyway, memang cool n genius lah cara agensi pengiklanan ni untuk tarik orang sewa ruang iklan diorang.
Anyway, memang cool n genius lah cara agensi pengiklanan ni untuk tarik orang sewa ruang iklan diorang.
Karangan budak sekolah yang sangat rosak
Budak ni memang berani dan bodoh pada masa yang sama. Macam dah takde hobi lain nak dibuat karangan.
30 May 2011
Bila Faizal Tahir Join K-Pop
Semua orang tau yang Faizal Tahir dulu adalah bekas penyanyi nasyid. Dan semua orang tau yang sekarang dia lebih kepada rock n roll. Macam mana la agaknya kalau dia start join group K-pop.
Well, sebenarnya ini bukanlah satu group yang betul. Ia hanya dibuat secara suka-suka dan nyanyian lagu korea tu pun miming je. Selain Faizal Tahir, selebriti lain yang ade dalam video ni ialah Sam Kuman, Chee Meng dan Omar K.
27 May 2011
Jangan Makan Coke bersama Mentos
ramai orang suka makan gula-gula mentos. ramai jugak yang suka minum coke. tapi jangan cuba nak telan dua-dua benda ni serentak. nak tau apa jadi tengokla ni..
Rumah Paling Mewah Kat Kampung Ni.. Ye Ke?
Pelik ... macam mana mahligai yang tersergam indah ni boleh ada kat kampung ni? macam tak kena je.. rumah sebelah tu punya la macam setinggan..
Besar nye rumah ni.. macam mana pandangan dari sisi plak eh..
cehh.. sekali dia pun sama da.. setinggan jugak.. tak boleh blah btul..
CS : Sam Tsui & AHMIR - Nothing On You & Hey Soul Sister Mash Up
Kedua-dua artis ni terkenal di youtube sebab banyak buat cover version lagu-lagu orang lain. Mamat cina tu bernama Sam Tsui dan group ni plak bernama AHMIR. mereka telah berkolaborasi untuk menghasilkan mashup lagu Nothing On You nyanyian asal B.O.B feat. Bruno Mars dan lagu Hey Soul Sister nyanyian asal oleh Train. Layankan..
Bila Pengantin Lelaki Terlalu Nervous
26 May 2011
Sapekah 'kakak' yang bertudung ni?
Jangan tertipu dengan penampilan ayu ala ala muslimah sejati 'kakak' ni. Dia sebenarnya adalah seorang lelaki bernama Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz yang memohon kebenaran mahkamah untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana sebab susah menjalankan kehidupan seharian dengan nama lelaki. Dia dah operate kat Thailand untuk membuang alat sulit lelakinya. Hmm.. Ini adalah beritanya..
KUALA TERENGGANU: Harapan menggunung seorang lelaki untuk menukar nama daripada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, kepada Aleesha Farhana tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam menetapkan 18 Julai depan untuk keputusan.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkan beliau meneliti hujah dikemukakan peguam Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, Horley Isaacs dan Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar yang mengendalikan kes berkenaan.Mohd Ashraf Hafiz, pemegang diploma dalam bidang perubatan daripada sebuah institusi pengajian tinggi tempatan lengkap berpakaian seperti wanita dengan berbaju kurung moden berwarna kuning air, berkerudung merah jambu serta berkasut tumit tinggi menarik perhatian ramai yang menyedari kehadirannya di mahkamah semalam.
Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajian dalam bidang sama.
Dalam prosiding akhir di mahkamah semalam, Horley dalam hujahnya berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan daripada Pusat Perubatan Pantai (PMC) dan Hospital Putrajaya layak menjalani pembedahan menukar jantina, menjalani rawatan hormon serta psikologi sebelum melakukan pembedahan di Thailand.
Malah katanya, kedua ibu bapa pempetisyen turut mengesahkan anak mereka memiliki alat sulit lelaki sejak lahir, tetapi ia tidak normal, bersaiz kecil, tidak aktif dan tidak berfungsi sebaiknya seperti rakan sebaya lain. Mohd Ashraf Hafiz juga disahkan ibunya lebih cenderung berperwatakan wanita sejak kecil dan membuat kenyataan bersumpah membenarkan anak lelakinya itu menjalani pembedahan.
Bagaimanapun, Addha dalam hujahan balasnya berkata, peguam pempetisyen gagal melampirkan laporan lengkap daripada doktor bahawa pembedahan dijalankan berjaya menjadikan Mohd Ashraf Hafiz seperti wanita tulen termasuk mempunyai rahim dan tubuh kewanitaan dan fakta apabila perlakuan seksual berlaku antaranya sama ada dia boleh mengandung.
“Kita tidak ada perundangan yang membenarkan permohonan pempetisyen ini dan jika mahkamah membenarkan permohonan ini, ia akan memberi kesan jangka panjang kepada institusi masyarakat. Kita tidak tahu mungkin ramai di luar sana yang beratur untuk menukar nama dan jika keputusan mahkamah membenarkan permohonan ini ia boleh menyebabkan huru-hara dalam masyarakat,” katanya.
25 May 2011
Selamat Bersara Gary Neville
Bekas Kapitan Man Yu ni telah mengumumkan persaraan setelah beliau rasa dah tak larat nak bersaing lagi di peringkat tertinggi bolasepak kelab inggeris. Semalam telah diadakan perlawanan testimonial untuk pakcik Gary di antara Man Yu Dan Juventus. Juventus menang game tersebut 2-1. Yang menariknya semua geng 6 jahanam 6 team mate yang sama-sama bermula dari akademi Man Yu turut bermain dalam perlawanan tersebut.
Ini adalah gambar ketika 6 geng tersebut memula masuk first team Man Yu. kenal ke? nampak macam kanak-kanak ribena ke? hujung skali alex ferguson yang masih belia. pastu Ryan Giggs, Nicky Butt, David Beckham, Pakcik Gary, Adik Pakcik Gary yang bernama Phillip dan blakang skali Paul Scholes.
Yang ni plak gambar terkini yang diambil lepas game. Susunan kedudukan sama macam gambar atas. Dejavu.
Produk-produk yang baik tak payah ada..
Ntah ape la yang difikirkan oleh pereka benda-benda ni masa ia dicipta. Baik tak payah wujud pun takpe. Tengok la sendiri..
Untuk elak eye-mo meleleh ke tempat lain
kasik maggi cepat sejuk
sape nak simpan goatee bleh guna ni masa bercukur
yang ni untuk elak kuah mi sup tu terpercik ke rambut
gelanggang untuk nak lawan jari
untuk tekan Control + Altenate + Delete sekali tekan
untuk kutip kelapa
untuk pastikan gincu hanya untuk bibir
dan rekaan produk yang paling bangang sekali...
untuk perah limau guna bontot.. yuckks!!!
24 May 2011
23 May 2011
Selipar daripada tayar
Harga barang semakin naik. Orang Afrika pulak memang terkenal dengan kehidupan yang susah dan miskin. Oleh itu, mereka cuba menggunakan barang-barang terpakai di sekeliling mereka untuk mencipta barangan lain pula. COntohnya macam tayar-tayar yang bersepah kat bawah ni.
Nampak macam dah berguna lagi
Dengan ilmu dan kreativiti mamat ni..
Hasilnya..
Bila binatang ada di bibir
binatang apa plak ada atas bibir ni? binatang yang jadik lauk ke? kena makan ke? takla.. ni gambar-gambar binatang yang dilukis di atas bibir. comel.
Ketam
Pikachu
Panda
Musang
Lebah
Kucing Hitam
Badak Air
Ulat Atas Daun
Sumpah-sumpah
Subscribe to:
Posts (Atom)