13 October 2011

Tak jadi mencuri kerana ditertawakan



Seorang lelaki yang berpakaian Gumby cuba merompak sebuah kedai 7-Eleven yang terletak di Rancho Penasquitos awal pagi isnin lepas. Bagaimanapun, usaha lelaki berkenaan tidak berjaya kerana kerani yang sedang menjaga kedai tersebut ketawa tanpa henti selepas melihat cara pemakaian lelaki itu.

Menurut Gary Hassen, seorang detektif San Diego, suspek memberitahu kerani bahawa dia baru sahaja merompak sebuah stor di Jalan Carmel Mountain.

Kerani itu yang menyangka lelaki berkenaan ingin membawanya bergurau, memberi respon yang dia tidak mempunyai masa bergurau kerana perlu membersihkan lantai kedai tersebut.

Daripada video yang dirakam melalui CCTV, lelaki berkenaan ada mempamerkan bentuk semacam pistol di dalam poketnya untuk menakutkan kerani itu.

Selepas tidak dilayan oleh kerani itu, suspek berkenaan meninggalkan kedai dengan sebuah van yang dipandu oleh rakannya.

Cubaan merompak itu berlaku kira-kira pukul 12.30 a.m pagi isnin. Apapun, kerani berkenaan tidak membuat sebarang laporan polis kerana tidak pernah terfikir kejadian tersebut adalah cubaan merompak. Beliau hanya menyedari perkara itu selepas pukul 6 a.m. pagi isnin yang kemudiannya membuat laporan polis.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...