09 September 2011

Rakyat didahulukan versi telco prepaid.


MULAI 15 September ini, pembelian tambah nilai prabayar danpermulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus. 
Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas(SMS) bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu dan pelangganboleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranyamereka mempunyai pertanyaan lanjut. 
Syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam berkata,dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar,seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan. 
“Cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana disediakan dalam perundangan cukaiperkhidmatan dan cukai ini bukan baru kerana syarikat telekomunikasi menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak diperkenalkan pada 1998,” katanya. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...