Jone Samuelsens pemain pasukan Odd Grenland menanduk masuk gol dari jarak 57.3 meter semasa pasukannya menewaskan Tromso IL dalam perlawanan liga Norway. Ya, tak salah taip. memang 57.3 meter. dari kawasan team dia sendiri. tak sampai tengah padang. semuanya kerana keeper Tromso yang berangan nak jadik hero pegi naik atas masa corner kick. Padan Muka.
Koleksi video, artikel, berita dan gambar-gambar tentang benda-benda yang cool, sedih, genius, kreatif, kelakar, pelik, cantik, superb dan macam-macam lagi.
29 September 2011
Rekod jaringan gol menerusi tandukan paling jauh
Jone Samuelsens pemain pasukan Odd Grenland menanduk masuk gol dari jarak 57.3 meter semasa pasukannya menewaskan Tromso IL dalam perlawanan liga Norway. Ya, tak salah taip. memang 57.3 meter. dari kawasan team dia sendiri. tak sampai tengah padang. semuanya kerana keeper Tromso yang berangan nak jadik hero pegi naik atas masa corner kick. Padan Muka.
28 September 2011
27 September 2011
Mencetak basikal guna printer 3D
Ya. Aku tidak salah tulis tajuk. Sekarang basikal pun boleh dicetak. bukan setakat gambar basikal ye. Tapi ini adalah basikal yang benar-benar boleh berfungsi. Tak dapat digambarkan kecanggihan teknologi zaman akan datang. Saksikanlah.
22 September 2011
satu lagi artis hipokrit
kenal tak sapa ni? kalau tengok tv3 pukul 7 petang adalah dia ni berlakon jadik kasih @ alia dalam cerita kasih alia tu. Inilah Fida. Pelakon yang sentiasa tampil bertudung. Memang dia seorang PELAKON. Rupanya bertudung pun on off jugak dia ni. Mula-mula ingatkan salah orang. Tapi bila tengok imej bayang yang menangkap gambar tu memang sah lah ini Fida.
Mamat ni pun satu. Ade awek seksi tinggalkan. Kata tak suka awek seksi. Dapat awek bertudung plak suruh awek tu bukak tudung. Macam-macam.
Iklan pisang Jepun yang mengarut.
Argghhhh!!!! Apa benda ni?
Ceramah motivasi yang sangat memberi kesan oleh seorang OKU
Korang selalu dengar tak orang merungut pasal tak puas hati dengan keadaan fizikal dia. Macam-macam. Aku kurus sangat la. Gemuk sangat la. Muka tak cantik la. Badan berparut la. Gigi jongang la. Mata sepet la. Kadang-kadang kita rasa hairan dengan orang yang tak reti bersyukur macam ni.
Pada manusia-manusia yang tak reti bersyukur dengan apa yang korang ada.
Cubalah tengok video ni.
Bandingkan diri korang dengan mamat bernama Nick Vujicic ni.
Bersyukur la..
21 September 2011
Bila masalah komputer berada di dunia sebenar
Tension tak bila komputer korang problem? tak bole bukak folder la, hang la, windows crash la, slow la macam-macam lagi. Macam mana agaknya kalau masalah komputer tu berada di dunia sebenar?
19 September 2011
Orang minyak ditangkap hidup-hidup
KUALA LUMPUR - Seorang pemuda disyaki warga Indonesia diberkas penduduk selepas berkeliaran dalam keadaan berbogel di Flat Pinggiran Batu Caves, Selayang di sini awal pagi semalam.
Sebelum diberkas pada pukul 2.30 pagi, lelaki berumur lingkungan 20-an itu dikatakan berjalan-jalan di aras bawah sebuah bangunan flat lima tingkat di kawasan berkenaan.
Seorang suri rumah, Norlida Hassan, 42, yang tinggal di aras tersebut dikatakan terkejut sebaik sahaja melihat suspek dalam keadaan berbogel ala Orang Minyak itu tiba-tiba bersilat di hadapan rumahnya.
Wanita itu kemudian menjerit meminta tolong malangnya suspek tidak berganjak dari muka pintu.
"Saya sudah tidur tetapi tersedar selepas terdengar bunyi nafas orang yang kuat di luar bilik.
"Apabila saya intai menerusi tingkap, saya terkejut melihat lelaki itu sedang melakukan aksi pelik. Saya menyergahnya tetapi dia tak berganjak.
"Saya buka pintu rumah untuk menghalaunya tetapi dia buka jurus pencak silat menyebabkan saya naik takut," ceritanya.
Oleh kerana takut, dia kemudian mengejutkan suaminya Ahmad Hashim, 42, untuk menghalau lelaki itu.
Difahamkan, suspek bukan merupakan penduduk kawasan berkenaan.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Zakaria, 46, pula berkata, suspek yang panik itu bertindak melarikan diri.
"Dua penduduk termasuk jiran mangsa bertindak mengejar lelaki itu dan dia dapat diberkas kira-kira 20 minit kemudian.
14 September 2011
Bila Hitler berlakon dalam iklan kempen keselamatan jalan raya..
walaupun ini hitler tipu tapi kenapa dia muncul dalam iklan ini. sepatutnya iklan ini menjadi pengajaran bukannya bahan lawak.
anyway cuba hayati mesej sebenar yang nak disampaikan ye.
Lamaran perkahwinan yang paling hebat dalam sejarah
Cubalah atasi tahap kehebatan lamaran mamat ni. Sangat hebat.
Alasan mohon cerai yang paling tak masuk akal
Ramai lelaki yang selalu cakap bahawa perempuan memang sukar difahami. Contoh paling jelas adalah perempuan tak reti bersyukur bernama Rashida Lucas macam dalam video bawah ni. Dia memohon daripada mahkamah untuk bercerai dengan husband nya dengan alasan suami dia melayan dia terlalu baik. WHAT ?? Memang bodoh . tengokla sendiri. sampai hakim perempuan tu pun naik menyampah dengan perempuan ni.
sambungan part 2
12 September 2011
Anak lembu ke anak orang ni?
Kaok Roka: Seorang lelaki tua di Kemboja menyatakan, cucunya menyusu dengan seekor lembu sejak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari nafkah. Um Oeung berkata, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya.
Pada awalnya, Oeung menghalang cucunya, namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.
Sophat hidup bersama datuknya di Provinsi Siem Reap yang terletak di bahagian utara Kamboja semenjak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.
Oeung menyatakan, lembu tersebut tampak tidak keberatan ketika Sophat menyusu dengannya. Meski demikian Oeung sangat bimbang akan kesihatan cucunya yang menyusu dari lembu secara langsung.
Kerana di setiap susu lembu yang belum dimasak tentunya mengandungi bakteria.
Berbogel ke sekolah
Murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera, Sumba Timur terpaksa menyeberangi sungai tanpa pakaian semasa pergi dan balik dari sekolah. - Agensi
SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid-murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata-mata untuk menuntut ilmu.
Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira-kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah.
Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid-murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah.
Pelajar-pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah.
Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam.
Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa.
Di tebing sungai, beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya.
"Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang.
"Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak," kata Erlin Konda Nguna, 23.
Ibu muda itu berkata, murid-murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku.
"Memang ada sampan di sini, tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa," katanya. - Agensi

09 September 2011
Cara paling bodoh untuk mengambil sepakan penalti..
Walaupun tengah leading 4-0, ini bukanlah alasan untuk mengambil penalti dengan cara yang bodoh seperti ini. Dah la tak gol, jatuh, malu, kena hina, kena gelak, dapat kad kuning plak tu. Jangan diulang lagi kesilapan bodoh ini.
Rakyat didahulukan versi telco prepaid.
MULAI 15 September ini, pembelian tambah nilai prabayar danpermulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus.
Pelanggan prabayar dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas(SMS) bermula semalam mengenai cukai perkhidmatan itu dan pelangganboleh merujuk kepada laman web syarikat telekomunikasi masing-masing untuk maklumat atau menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan sekiranyamereka mempunyai pertanyaan lanjut.
Syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam berkata,dengan cukai perkhidmatan enam peratus terhadap perkhidmatan prabayar,seorang pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen sebagai cukai perkhidmatan.
“Cukai perkhidmatan adalah cukai penggunaan dan boleh dikenakan kepada pelanggan sebagaimana disediakan dalam perundangan cukaiperkhidmatan dan cukai ini bukan baru kerana syarikat telekomunikasi menyerapnya bagi perkhidmatan prabayar mudah alih sejak diperkenalkan pada 1998,” katanya.
Perkhidmatan Komuter KTM yang cemerlang
KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penumpang mengalami saat mencemaskan apabila komuter yang mereka naiki tersasar daripada laluan sebenar sehingga terpaksa berundur semula secara perlahan-lahan sejauh enam kilometer yang mengambil masa lebih satu jam sebelum sampai ke stesen sepatutnya, semalam.
Kejadian berlaku pada waktu puncak jam 6.20 petang apabila komuter yang sarat membawa penumpang dari stesen Bank Negara sepatutnya memasuki laluan ke Batu Caves, tetapi masuk ke laluan arah utara selepas Stesen Putra berdepan The Mall dan terus ke Kepong.
Bagaimanapun, pemandu tiba-tiba menghentikan komuter berkenaan sebelum tiba ke stesen Rawang yang berada beberapa kilometer lagi dan mengundur secara perlahan-lahan setiap lima minit sebelum akhirnya sampai ke Stesen Batu Caves yang mengambil masa lebih satu jam.
Seorang penumpang yang berada dalam tren berkenaan, berkata sebelum kejadian, komuter berkenaan mengalami kelewatan kira-kira setengah jam, menyebabkan penumpang yang kebanyakannya baru pulang dari pejabat semakin bertambah ramai.
“Saya tidak dapat bayangkan betapa takutnya semua penumpang apabila komuter berkenaan berundur dan berhenti setiap lima minit. Apa yang paling kami takuti sekiranya ada komuter lain datang dari arah depan, pastinya berlaku kejadian tidak diingini yang boleh membahayakan keselamatan penumpang.
“Semua penumpang hanya tertanya-tanya sesama sendiri dan gelisah dengan apa yang berlaku kerana tidak ada sebarang pengumuman dibuat oleh pemandu mengenai kejadian berkenaan,” katanya yang menghubungi Berita Harian, semalam.
Sementara itu, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fazil Ismail mengesahkan kejadian berkenaan yang berpunca daripada poin laluan dari arah stesen Putra ke Sentul terkunci, menyebabkan tren tidak dapat memasuki laluan ke arah Batu Caves, dipercayai akibat kerosakan pada alatan terbabit.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan kejadian jam 6.20 petang dan terakhir berlaku jam 9.45 malam membabitkan lapan tren kesemuanya ke arah laluan yang sama.

Mana rumah makcik Jenab?
KUANTAN - Dua lelaki yang segak berpakaian Melayu, kononnya mahu datang berhari raya di rumah “Makcik Jenab”, bertindak meragut seorang suri rumah yang sedang membersihkan laman rumahnya.
Ketika kejadian 9.30 pagi di Sungai Koyan, dekat Raub, itu mengakibatkan mangsa, 35, mengalami kerugian RM7,000 selepas rantai leher dan seutas loketnya diragut dua lelaki terbabit.
Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Supritendan Nordin Mustapha, sebelum kejadian, mangsa melihat kedua-dua suspek beberapa melintasi rumahnya dengan sebuah motosikal.
"Suspek kemudian memberhentikan motosikal di depan rumah mangsa dan berpura-pura bertanyakan rumah “Makcik Jenab”, suspek beritahu dia dan rakannya hendak beraya di rumah “Makcik Jenab”,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Suspek berusia lingkungan 20 hingga 30-an itu kemudiannya bertindak meragut rantai leher mangsa. - Bernama
Berhari-harilah ye korang semua. sekarang ni orang nak merompak n mencuri ada macam-macam cara. Gambar kat atas tu sekadar hiasan je ye.
07 September 2011
Bila rumah selalu kena ceroboh
Kalau berani cubalah panjat pagar ni..
BRAZIL – Kebanyakan orang menggunakan anjing penjaga atau alarm untuk mencegah kecurian di rumah.Tetapi seorang doktor di Brazil,memilih sesuatu yang lebih ekstrem untuk menakutkan pencuri,dengan memasang puluhan jarum suntik yang sudah dicemari HIV di hujung-hujung pagar rumahnya.
Jika biasanya kita jumpa peringatan dengan kata-kata “Awas Ada Anjing”,tapi di pagar rumah doktor ini tertulis”Tembok Dengan Darah HIV Positif. Dilarang Masuk Tanpa Izin”.
Doktor tersebut mengaku bosan kerana seringkali terjadi kecurian di rumahnya.Pencuri tersebut masuk ke rumah dengan memanjat pagar.
05 September 2011
Kebolehan mengenalpasti material
Ini adalah iklan sushi. nampak macam takde kena mengena tapi mesej yang disampaikan ialah sushi diorang berkualiti dan sedap gila sebab sebab diorang ada kebolehan mengenal pasti material terbaik untuk dibuat sushi. Tak macam mamat dalam iklan ni.
Bila kuda masuk ujibakat
Tak tau mana satu.. lelaki ke perempuan ke atau kuda ..
Subscribe to:
Posts (Atom)