20 June 2011

Zami Ismail meninggal dunia


KUALA LUMPUR – Pelakon komedi Zami Ismail, 67, yang sinonim dengan panggilan “Pak Uda” dalam sitkom “Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi ini di Institut Jantung Negara (IJN).

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Yamashita, 25, berkata, ayahnya meninggal pada 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung.

Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang.

Ahmad Yamashita berkata, ayahnya pernah berpesan supaya beliau dikebumikan di tempat kelahirannya di Tapah Road, Perak sekiranya beliau meninggal dunia.

"Sebagai memenuhi permintaan itu, jenazah ayah akan dibawa ke Tapah Road untuk dikebumikan di tanah perkuburan di sana selepas solat Asar,” katanya ketika di rumah mayat IJN hari ini. – Bernama

Kepada sesiapa yang berminat nak tau serba sedikit latar belakang Pak uda boleh tengok kat wiki beliau di sini 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...