02 June 2011

Kenapa Tarif Bil Letrik Meningkat...


semua orang tau bermula semalam, bil letrik akan naik diselaras sehingga 7.12%. Ini dikatakan tidak dapat dielakkan. dan seperti biasa ayat standard yang kita dengar, kenaikan ni takkan membebankan rakyat. WTF!!

dan seperti semua syarikat lain yang menjalankan perniagaan dengan banggannya TNB akan mengumumkan keuntungan bersih bernilai berbillion ringgit. penyata kewangan semasa berakhir 28 februari 2011, menunjukkan TNB mencatat keuntungan sebanyak RM1.34 billion.

CEO TNB, Dato' Che Khalib Mohd Noh


dengan untung yang sebanyak itu, TNB telah menaikkan gaji CEO nya sebanyak 100%. Basic gaji pada 2009 bernilai RM 600,000 naik sehingga RM 1,200,000 pada 2010



kalau tak nampak gambar diatas, sila klik pada gambar..

agak-agaknya gaji dia tahun 2011 lepas naikkan tarif letrik ni capai 2 juta tak? TNB bukanlah syarikat perniagaan semata-mata. ia adalah sebuah GLC. ia adalah syarikat yang mempunyai tanggungjawab sosial.

nampaknya..

naikkan beban pada rakyat didahulukan..
pencapaian keuntungan TNB diutamakan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...