24 August 2011

Kawasan Speed Trap Ops Sikap 2011




Khas untuk yang nak drive balik kampung musim perayaan ni.

KAWASAN SPEED TRAP. Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)
Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak 
Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi 
NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam 
KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom 
ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ 
JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke damansara,antara batu cave ke Bandar baru selayang

Gantung diri akibat sakit gigi

            HULU TERENGGANU - Akibat tidak tahan sakit gigi yang dialami sejak seminggu lalu, seorang buruh ditemui tergantung pada tali yang diikat pada kayu alang rumah. 
Dalam kejadian yang berlaku di rumah sewanya di Kampung Pauh di sini pagi kelmarin, lelaki berusia 24 tahun berasal dari Kampar, Perak itu bertindak menggantungkan diri menggunakan tali nilon berukuran tiga sentimeter lebar. 
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan, Tengku Hamzah Tengku Abdullah berkata, dalam kejadian antara jam 6.30 pagi hingga 7 pagi itu, mangsa yang juga orang sekatan kerana terbabit dalam kes bunuh meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu. “Mangsa dikatakan berdiri di atas sebuah kerusi lalu menjerut lehernya sendiri sebelum ditemui tergantung dalam bilik jahitan oleh isterinya lebih kurang jam 7 pagi pada hari kejadian.“Isteri mangsa kemudiannya meminta bantuan adik lelaki dan adik iparnya untuk memotong tali serta menurunkan mangsa,” katanya.  
Tengku Hamzah berkata, apabila mendapati mangsa masih lagi bernyawa, mereka membawanya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan, namun apabila tiba di bilik kecemasan doktor bertugas memberitahu mangsa telah meninggal dunia.“Mangsa adalah orang sekatan di bawah EO/OD KAMJ 18845, Perintah Sekatan 31 Oktober 2009 hingga 30 Oktober 2011 iaitu selama dua tahun kerana terbabit dalam kes pembunuhan di Kampar, Perak. 
 “Isteri mangsa mendapati suaminya mengambil tindakan membunuh diri akibat terlalu kecewa selepas seminggu mengalami sakit gigi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.Kata Tengku Hamzah, hasil siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes disifatkan sebagai mati mengejut.- SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...