28 July 2011

Persiapan Harimau Malaya menentang Singa

42 tahun minum petrol




BEIJING: Chen Dejun yang berusia 71 tahun, tinggal di dalam pondok uzur di sebuah bukit di dekat Bandar Shuijiang, mukim Nanchuan di barat daya daerah Chongqin, mendakwa dia minum minyak petrol selama 42 tahun.
 
Chen yang bertubuh pendek dan kurus berkata, dia minum tiga hingga 3.5 liter minyak petrol sebulan yang dibeli di sebuah stesen minyak di kaki bukit.

Dikalangan penduduk setempat, Chen dikenali sebagai seorang pemahat batu dan pengayam buluh yang pandai berniaga. Dia juga dikenali kerana gemar minum minyak petrol.
 
Dia mula minum minyak petrol pada 1969 apabila dia mula batuk dan dadanya terasa sakit. Setelah mencuba pelbagai ubat, penyakitnya masih tidak sembuh, dia mula mengikut petua orang tua dan minum minyak tanah.
 


Penyakitnya sembuh, dan sejak hari itu, dia mula ketagih minyak tanah. Dia kemudian berubah selera dan minum minyak petrol pula. Kata Chen sukar untuk dia menganggarkan berapa banyak minyak petrol yang diminumnya sepanjang hidupnya, tetapi menurut sebuah akhbar, Chen telah minum sekurang-kurangnya 1.5 tan minyak petrol sejak 42 tahun.


Isteri Chen, Yuan Huibi dan tiga anak lelaki mereka, telah berkali cuba untuk menghentikan ketagihannya kepada minyak petrol tetapi usaha mereka menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Lapan tahun lalu, Chen terus pindah ke pondok untuk hidup sendirian.

Sumber dari Hospital Honglou di Chongqin berkata, kesihatan Chen baik walaupun dia mempunya simptom emfisema (penyakit paru-paru) tetapi Chen tidak mahu mendapatkan pemeriksaan percuma di hospital.

Inikah yang akan terjadi kepada facebook

Facebook kerap menukar layoutnya. Yang terbaru fungsi chatting yang dulu kecik kat tepi tapi skang dah makan space kat kiri. sangat menyemak. ramai yang komplen. contoh macam kartun ni.


dengan promosi google+ yang makin hebat, adakah facebook akan menjadi seperti myspace?

Fakta tentang Media Sosial : Kelebihan dan kekurangan

Beza surat dan emel dulu dan sekarang

18 July 2011

Friendly Malaysia vs Liverpool

Sebelum ni pakai jersi kuning lawan team meriam, rakyat Rajagobal kena titik 4-0. Masa lawan Liverpool ni pakai jersi biru, terus nampak permainan ada peningkatan. first half dapat ikat 1-1 lepas Safiq Rahim mempraktikkan apa yang die pelajari melalui DVD bertajuk Bend It Like Beckham. Power plak mamat kapitan ni ambek free kick skang nih. Then, defend Malaysia campur apek main macam budak sekolah sampai pool dapat score 3 gol mudah. Sib baik penyerang terhebat Pelita Jaya, Safee Sali dapat score 2 bijik menjadikan score line lebih menarik 4-3. Enggan membenarkan safee dan safiq sebagai topik utama berita, barisan pertahanan kembali mempamerkan permainan cap ayam untuk pool menambah lagi 2 gol mudah untuk memastikan orang akan terus bercakap mengenai pertahan malaysia. dan akhirnya keputusan perlawanan 6-3.

Silat roti canai

Sebelum ni biasanya orang tunjuk silat pulut je masa majlis persandingan.
Sekarang, dah advance sket. Buat persembahan roti canai.

Mungkinkah nak membangkitkan selera pengantin? Sebab biasanya pengantin makan sket je masa majlis beradab.

Ringkasan 7 Filem Harry Potter dalam 7 Minit

Seperti yang diketahui, siri filem Harry Potter telah berakhir dengan penayangan filem yang ke 7 baru-baru ini.
Pada sesiapa yang dah terlupa jalan cerita Harry Potter nih, meh tengok rumusan n ringkasan ketujuh-tujuh filem Harry Potter dalam masa 7 minit.

Jangan menilai terlalu cepat

15 July 2011

Cara penyediaan rojak yang cool..

Jarang sungguh aku tengok pelanggan yang tunggu giliran tersenyum sebab terhibur. 

Tahniah Rojakman. Stylo !



Cinta itu buta


landak ni dah jatuh cinta pada sikat tu..

Kucing dan Syaitan

Bila terlalu gembira dapat mata pertama

Ini adalah perlawanan ping pong peringkat universiti. mamat baju biru tu sedang ketinggalan 0-10. memang susah dia nak dapat mata. tapi sekali dia dapat mata inilah yang terjadi..

Bila Peminat Man Yu Provok Peminat Liverpool

Semua tahu Liverpool dan Man Yu adalah dua kelab terbaik dalam sejarah bolasepak inggeris. 
Selama ini the Kop berbangga dengan rekod 18 kali menjuarai liga.
Sehinggalah geng Syaitan Merah memecahkan rekod itu pada season lepas.
Semenjak hari itu, Geng The Kop menjadi bertambah benci dan dendam terhadap Geng Syaitan Merah.

Ada sorang mamat ni dengan bangangnya telah memakai jersi Man U semasa menonton latihan Liverpool di Bukit Jalil Anfield untuk persediaan menentang anak buah Dato Raja.

Dah orang menyampah, ko saja pergi cari pasal.
Nah, ambik! Ni makan dia.. 

14 July 2011

Perkara yang lepas jangan diungkit





Friendly Malaysia vs Arsenal

Semalam telah berlangsung perlawanan bolasepak persahabatan di antara Malaysia dan Arsenal. Game tersebut dilangsungkan di Stadium Emirates di mana hampir keseluruhan stadium dipenuhi oleh penyokong Arsenal. Player malaysia yang gemuruh dan tertekan kerana terpaksa berdepan dengan puluhan ribu penyokong tuan rumah akhirnya diayamkan 4-0. Pada sape yang kecewa tak dapat pergi ke Stadium Emirates di Bukit Jalil boleh  tengok highlight n goal-goal yang dijaringkan oleh team meriam ni kat bawah. 



Tali leher untuk tidur..


TOKYO: ‘Tali leher Nemuri’ yang bermakna ‘Tali Leher Tidur’ dalam bahasa Jepun adalah peralatan unik yang membolehkan pekerja yang keletihan tidur dalam keadaan selesa dan bergaya di meja mereka.

Ia kelihatan seperti tali leher biasa tetapi mempunyai lubang udara kecil yang tersembunyi di belakangnya.  Ia akan menggelembung seperti bantal apabila ditiup.

Tali leher itu diperbuat daripada sutera dan mempunyai fiber mikro khas yang akan membantu menyejukkan kulit ketika cuaca panas, menurut akhbar Asahi.
Tali Leher Tidur itu, yang dicipta oleh KTM Co, mensasarkan pekerja pejabat yang suka tidur sekejap di meja mereka dan buat masa ini ia dijual dengan harga 2,500 yen (RM100).

Jepun terkenal dengan budaya korporat yang menyaksikan rakyatnya bekerja untuk tempoh masa yang panjang dan satu daripada segelintir tempat di dunia di mana perkataan ‘mati akibat terlalu kuat bekerja’ dicipta. - Agensi

Hasil Inovasi selama 30 tahun

13 July 2011

Jangan terkejut...

Cerita berangkai yang tiada kesudahan



Boss berkata kepada Secretary:
Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.

Secretary menelefon Suaminya :
Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti…

Suami menelefon Buah Hatinya:
Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama….

Buah Hati menelefon Murid tuisyennya
: Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen…

Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya
: Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama…

Atuk (Boss) menelefon Secretary :
Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya.. Batalkan outstation tuh…

Secretary menelefon Suaminya :
Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah
membatalkan outstation tu…

Suami menelefon Buah Hatinya :
Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya..

Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya :
Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.

Murid Tuisyen menelefon Atuknya :
Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen macam biasa. Sori, saya tak bleh temankan atuk.

Atuk (Boss) menelefon Secretary :
Jangan risau, minggu ni kita outstation juga. Jadi
uruskan semuanya.. (ualang semula dari atas..)

Admin website yang bengap..

75 Gol Tercantik Sepanjang Musim 2010/2011

Malam ni Malaysia akan lawan Arsenal. Pastu lawan Liverpool. Pastu lawan Chelsea. Ini adalah sebahagian daripada persediaan untuk menghadapi musim 2011/2012 yang sedang rancak dilakukan oleh pasukan-pasukan seluruh eropah. Ini menandakan saingan musim baru dah nak mula.

Sebelum kita melayan musim baru ni, apa kata kita imbas balik musim lepas. 

Ini adalah video kompilasi 75 gol tercantik sepanjang musim lepas.



Kompilasi video genius yang talented gila

Mari belajar parking kereta

Seksa benar tengok awek ni nak parking.. sampai jem jalan.. sib baik mamat kete blakang tu tolong. kalau tak sampai malam x dpt nak parking

09 July 2011

Kisah drakula yang sengal


"Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir. 

Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. 
Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar 
kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir. 

Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun. 

Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata 
"Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK. 

Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. 
So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir. 

Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... 
heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar 

Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD.

07 July 2011

Akibat terlalu fokus bermain game

Pub jual air sperma kuda berperisa epal





WELLINGTON - Sebuah pub di New Zealand memperkenalkan minuman terbaharu dalam menunya iaitu air sperma kuda berperisa epal, lapor sebuah akhbar semalam.

Pub Green Man di sini menawarkan minuman itu pada harga £12 (RM58) untuk setiap hidangan 30 mililiter.

Bahan mentah minuman itu diambil dari sebuah ladang kuda di sini dengan setiap hidangan mengandungi sekitar 300 juta sperma kuda.

Pemilik bersama pub berkenaan, Steven Drummond berkata, minuman itu yang dihidangkan sejuk, popular dalam kalangan pengunjung lelaki dan wanita.

Dia mendapat idea untuk menggunakan sperma kuda semasa cuba mencipta minuman baharu dalam satu pertandingan makanan tempatan. - Agensi

06 July 2011

Cara-cara untuk hilangkan bosan dalam penerbangan

Pada korang yang selalu naik kapal terbang , korang pernah tak rasa bosan masa dalam penerbangan tu? Entah berapa kali bangun tidur pun tak sampai-sampai lagi. Cubalah benda-benda ni untuk hilangkan bosan. Tu pun kalau berani.

main bola pantai beramai-ramai

nyanyi koir

main cari barang. sapa dapat jumpa barang dalam checklist dikira menang.

cuba meditasi

main pop kuiz. sapa nak tekan lampu paling cepat kira dapat jawab.

ubah suai beg muntah untuk buat puppet

melukis gambar pramugari yang tengah berposing

Cara-cara untuk mengikat tali leher





Angry Bird versi lego

Korang penah main Angry Bird tak? Game yang simple tapi sekali dah main payah nak berhenti. Kalau tak pernah main pun mesti korang ada ternampak merchandise yang berkaitan dengan angrybird ni kan? Ada bantal la, baju la, key chain la. Kat shopping complex banyak. Kat pasar malam pun bersepah. Kali ni meh kita tengok versi lego plak.

Inilah burung2 yang marah tu.







Babi yang sangat dibenci oleh burung yang marah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...